BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label laporan. Show all posts
Showing posts with label laporan. Show all posts

Friday, March 12, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-18





Salam 'alaik,
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-18 (KOT) merupakan antara salah satu acara terpenting yang diadakan di IPGM Kampus Darulaman. Sememangnya, persediaan dalam proses pelaksanaan program ini mengambil masa kira-kira satu bulan. Dalam KOT kali ini, biro akademik telah memegang dua bidang tugas iaitu AJK Teknik Peralatan serta AJK Keputusan & Statistik. Walaupun terdapat kekangan serta kekeliruan yang mungkin timbul sepanjang pelaksanaan program ini, namun permasalahan tersebut telah dapat kami atasi dengan sebaik mungkin.

Friday, February 5, 2010

Hias Papan Kenyataan






Salam 'alaik,
Ramai yang menganggap tugas menghias papan kenyataan merupakan tugas yang remeh dan melecehkan. Namun, di sebalik keremehan itu akan lahirlah semangat kerjasama dalam kalangan ahli. Hasil komitmen yang diberikan akan menjadikan sesuatu tugasan itu berjalan lancar dan mudah. Penghiasan papan kenyataan ini merangkumi 10 papan kenyataan sekeliling IPGM Kampus Darulaman. Sememangnya, tugas ini memerlukan komitmen yang tinggi oleh semua pihak dalam menyumbang tenaga, masa dan juga wang ringgit. Sekalung penghargaan kepada semua ahli JPP yang sempat meluangkan masa menghias papan kenyataan ini. Di samping, tidak dilupakan kepada kumpulan kuliah PPISMP Pemulihan Semester 2 merangkap AJK di bawah Biro Akademik yang turut menyumbangkan tenaga dalam menghias papan kenyataan.