BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 24, 2010

Hadith


Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

Saturday, March 20, 2010

Forum : Kecemerlangan Praktikum




Salam 'alaik,
Pada 9 Mac yang lalu, Biro Akademik dengan kerjasama Unit Praktikum telah mengadakan "Forum : Kecemerlangan Praktikum" yang bertempat di Dewan Za'ba pada jam 2.00-5.oo petang. Sasaran program ini meliputi semua pelajar PISMP Sem 5 dan Sem 7. Forum direncanakan adalah merupakan perkongsian ilmu serta pengalaman daripada bekas-bekas penuntut IPGM Kampus Darulaman yang cemerlang dalam praktikum. Diharapkan segala input yang ditimba dapat dipraktikkan dengan sebaik yang mungkin.

Friday, March 12, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-18





Salam 'alaik,
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-18 (KOT) merupakan antara salah satu acara terpenting yang diadakan di IPGM Kampus Darulaman. Sememangnya, persediaan dalam proses pelaksanaan program ini mengambil masa kira-kira satu bulan. Dalam KOT kali ini, biro akademik telah memegang dua bidang tugas iaitu AJK Teknik Peralatan serta AJK Keputusan & Statistik. Walaupun terdapat kekangan serta kekeliruan yang mungkin timbul sepanjang pelaksanaan program ini, namun permasalahan tersebut telah dapat kami atasi dengan sebaik mungkin.