BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

PROMOSI BUDAYA MEMBACA


Pihak pusat sumber akan menjalankan promosi tempoh pinjaman berganda sempena program bulan membaca 2010 mulai 13 April 2010 sehingga 31 Julai 2010. Promosi ini memberi peluang kepada semua staf IPDA meminjam buku dengan tempoh yang lebih panjang iaitu 2 kali ganda dari tempoh biasa.


"BANGSA MEMBACA, BANGSA BERJAYA"


[lihat poster]

Saturday, March 20, 2010

Forum : Kecemerlangan Praktikum




Salam 'alaik,
Pada 9 Mac yang lalu, Biro Akademik dengan kerjasama Unit Praktikum telah mengadakan "Forum : Kecemerlangan Praktikum" yang bertempat di Dewan Za'ba pada jam 2.00-5.oo petang. Sasaran program ini meliputi semua pelajar PISMP Sem 5 dan Sem 7. Forum direncanakan adalah merupakan perkongsian ilmu serta pengalaman daripada bekas-bekas penuntut IPGM Kampus Darulaman yang cemerlang dalam praktikum. Diharapkan segala input yang ditimba dapat dipraktikkan dengan sebaik yang mungkin.

Friday, March 12, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-18





Salam 'alaik,
Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-18 (KOT) merupakan antara salah satu acara terpenting yang diadakan di IPGM Kampus Darulaman. Sememangnya, persediaan dalam proses pelaksanaan program ini mengambil masa kira-kira satu bulan. Dalam KOT kali ini, biro akademik telah memegang dua bidang tugas iaitu AJK Teknik Peralatan serta AJK Keputusan & Statistik. Walaupun terdapat kekangan serta kekeliruan yang mungkin timbul sepanjang pelaksanaan program ini, namun permasalahan tersebut telah dapat kami atasi dengan sebaik mungkin.

Sunday, February 28, 2010

English Speaking Day






Starting from 25th Feb 2010, Academic Bureau will be conducting an "English Speaking Day". Therefore, all student are encourage to speak in English for the whole day.
Let's support this campaign...!
no pain,
no gain...!

* Every Thursday, Third Week of every Month....

Friday, February 5, 2010

Hias Papan Kenyataan






Salam 'alaik,
Ramai yang menganggap tugas menghias papan kenyataan merupakan tugas yang remeh dan melecehkan. Namun, di sebalik keremehan itu akan lahirlah semangat kerjasama dalam kalangan ahli. Hasil komitmen yang diberikan akan menjadikan sesuatu tugasan itu berjalan lancar dan mudah. Penghiasan papan kenyataan ini merangkumi 10 papan kenyataan sekeliling IPGM Kampus Darulaman. Sememangnya, tugas ini memerlukan komitmen yang tinggi oleh semua pihak dalam menyumbang tenaga, masa dan juga wang ringgit. Sekalung penghargaan kepada semua ahli JPP yang sempat meluangkan masa menghias papan kenyataan ini. Di samping, tidak dilupakan kepada kumpulan kuliah PPISMP Pemulihan Semester 2 merangkap AJK di bawah Biro Akademik yang turut menyumbangkan tenaga dalam menghias papan kenyataan.